1
Fakta Penting mengenai Bill Gates
Posted by reborn
on
8:22 PM
Berikut merupakan fakta-fakta menarik mengenai Bill Gates..Beliau merupakan manusia terkaya di dunia..1- Bill Gates memperoleh US$250 setiap saat, dan kira-kira US$20 juta sehari dan US$7.8 billion setahun.
2- Jika Bill Gates menjatuhkan US$100, beliau tidak perlu untuk mengutip sebab dalam masa 4 saat beliau sudah dapat semula wang tu.
3- Hutang Amerika menjangkau US$5.62 Trillion, dan jika Bill Gates mahu tolong menyelesaikan, beliau boleh bayar semuanya dalam masa kurang 10 tahun.
4- Beliau boleh menderma US$15 kepada setiap orang di muka bumi dan selepas itu, beliau masih mempunyai US$5juta didalam poket beliau.
5- Michael Jordan adalah atlit yang mendapat bayaran paling tinggi di US. Jika dia tidak minum dan makan, dan terus menyimpan wang, dengan pendapatan tahunan US$30 juta, dia kene tunggu sehingga 277 tahun untuk sekaya Bill Gates sekarang.
6- Harta kekayaan Bill Gates jika di hitung, harta beliau menyamai negara ke 37 terkaya di dunia.
7- Jika anda menukar wang Bill gates kepada wang kertas US$1, ia boleh menjangkau dari bumi ke bulan, dan ulang semula sebanyak 14 kali. Tetapi anda harus membuat jalan tersebut selama 1,400 setahun tidak berhenti dan sejumlah 713 Boeing 747 diperlukan untuk pengangkutan.
8- Pada tahun ini, umur Bill Gates ialah 40 tahun. Jika beliau hidup lagi 35 tahun, beliau harus menghabiskan US6.78 juta sehari sebelum mati.
9- Jika SEMUA pengguna Microsoft Windows membuat aduan dan meminta ganti rugi US$1 untuk setiap kali PC Hang, Bill Gates akan gulung tikar dalam masa 3 tahun.













